Advertising

Geng Kuntum Marjinah

Tuesday, August 18, 2009

Apa.....ayah aku ada band dulu.....

hahhaha mula-mula mmg aku cam ta tak caya la kan tapi bila aku dah selidik baca n aku kol ayah aku soal dia mcm² hahah betul la.....ishh ayah aku tak story pun ngn aku huhuhu sedih nya....tadi aku ada terjah stu blog yang anak jati kuala kedah ni..so belik² ada satu story yang aku agak aku terkejut n tersenyum hihihi mai mai sma² baca....kandugan yang aku telah copy dari blog azmi ahmad
Saya rasa mungkin ramai di kalangan anak Kuala Kedah yang tidak tahu bahawa di Kuala Kedah pada era tahun 60-an dahulu telah wujud satu kumpulan gitar rancak atau ringkasnya KUGIRAN. Kumpulan tersebut yang terdiri daripada sekumpulan anak muda telah bersetuju memilih 'Les Cloden' sebagai nama kumpulan mereka.

Kumpulan Les Cloden lahir seiring dengan kebangkitan pop yeh yeh di Tahun 60an. Kumpulan ini khabarnya pernah mencuba bakat mereka di pertandingan Juara Kugiran yang populer di TV pada waktu itu namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila terkandas di peringkat saringan akhir.

Antara mereka yang saya masih ingat menganggotai kumpulan ini ialah Idrus Said (seorang kakitangan telekom dan adik kepada Pak Razak gunting rambut) sebagai pemain gitar utama, Cikgu Osman Bashah , manakala penyanyi terdiri daripada Mohd.Noor Md.Zain (adik Cikgu Mud), Cik Puteh Hassan (anak Mak Leha Pak Hassan) dan Norma Pak Leh Tok Onn.

Saya masih ingat sewaktu berusia lapan atau sembilan tahun saya kerap berdiri dekat dengan beranda rumah Pak Said Engineer khusus untuk melihat dari dekat anggota kumpulan Les Cloden berlatih menyanyi.

Kumpulan Les Cloden sering menerima undangan di majlis kenduri kahwin di sekitar Kuala Kedah dan kawasan berdekatan pada masa tersebut. Biasanya orang yang paling sebok di atas pentas sebelum Les Cloden memulakan persembahannya ialah Pak Hussein Arab. Pak Husssein diberi tanggungjawab sebagai stage manager bagi memastikan balai kenduri yang dijadikan pentas tidak dicerobohi atau diganggu oleh kanak-kanak yang menunggu ramai di bawah.

Menurut satu sumber, sebelum muncul Les Cloden telah wujud satu kumpulan muzik tidak bernama yang dianggotai oleh para guru sekolah Seberang Nyonya dan Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah. Kumpulan yang menjadikan muzik sebagai hobi mengisi masa lapang memilih rumah guru yang terletak di sebelah kantin lama Seberang Nyonya sebagai tempat latihan mereka. Rumah guru tersebut pada pertengahan tahun 60an dihuni oleh Cikgu Zainudin Meera yang masih bujang ketika itu.
caya la ayah hahhaha sek seberang nyonya tu tmpt ayah aku bertugas sebgai GURU BESAR dulu tapi skng ni ayah aku dh pencen la.Patut la suara ayah aku sedap mcm suara aku hahhahah....mana tak tumpah nya kuah kalu tak ke nasi kn hahhahaah(perasan gila) ....POYO....weeeeeeeeeee!!!!

3 comments:

♥ Buk@n S!ndAreLa ♥ said...

Wahhh,...cyalah ckgu 0smn bashah. bnda tu xplik sb zman tu mang mlt0p ngan band2 kugiran cenggini.

cma y jd plik bler mlibtkn 0wnk y kte xpnah sgka j0in this band,hahahhaaha...

pasni ank die leyh la smbg warisan tu kn?
berbakat kew?
ngeheheheeh

:"♥maRjiNah:"♥ said...

hahahha tu la pasl mmg agk terkjut la kn bila zamie baca artikel ni hahahh....ishh msti la ada bakat angah nk tau yang dok dgr suara merdu2 kat dom 2 tu sora zamie la...cuma kbnykn nya tu sumbng skli skala jer yang merdu hahhahah insyallh la ... lps ni nk kn bljar main gutar la...blh jejak langkah ayah zamie hihihi weeeeeeeeeee!!!!

:"♥maRjiNah:"♥ said...

hahahha tu la pasl mmg agk terkjut la kn bila zamie baca artikel ni hahahh....ishh msti la ada bakat angah nk tau yang dok dgr suara merdu2 kat dom 2 tu sora zamie la...cuma kbnykn nya tu sumbng skli skala jer yang merdu hahhahah insyallh la ... lps ni nk kn bljar main gutar la...blh jejak langkah ayah zamie hihihi weeeeeeeeeee!!!!