Advertising

Geng Kuntum Marjinah

Wednesday, December 22, 2010

Al Fatihah buat arwah Hafiz...

19.12.2010 kak tini kol bg tau kta tgh OTW blik kedah sbb dpt brta buruk kta...ank buah suami dia mnggl dunia sbb xceden....

AL FATIHAH buat arwah MOHAMED HAFIZsedih
semoga arwahnya tenang di sna....

myMetro

JITRA: “Saya terdengar jeritan remaja itu memanggil ‘mak’ sebaik terhumban daripada motosikalnya sebelum meninggal dunia digilis lori membawa muatan batu dari arah bertentangan.

“Apabila menghampiri kawasan itu, saya mendapati dia sudah meninggal dunia dan mayatnya dalam keadaan cukup ngeri,” kata seorang saksi kemalangan di Jalan Kampung Banai, di sini, Ahad lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, Mohamed Hafiz Mohamed, 14, yang menunggang motosikal meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Rashid, 40-an, berkata dia yang menunggang motosikal bersama anak perempuannya berusia 11 tahun berada kira-kira 50 meter di belakang remaja terbabit.Katanya, ketika melalui selekoh tajam di kawasan itu, motosikal ditunggangi remaja itu terbabas sebelum merempuh sebuah lori di depannya.


“Remaja itu terhumban di atas jalan sebelum digilis lori berkenaan. Saya dan beberapa penduduk kampung berhampiran berusaha menarik remaja itu yang melekat di bawah tayar lori,” katanya.Menurutnya, pemandu lori itu melarikan diri kerana bimbang dipukul orang ramai.

Katanya, kawasan itu menjadi laluan utama lori membawa muatan batu dan tanah dari kawasan bukit berhampiran menuju ke Bukit Pinang, dekat sini.Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Siasatan awal mendapati, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terbabas di selekoh tajam sebelum terjatuh di atas jalan dan digilis lori terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dikeluarkan dari bawah tayar kira-kira sejam kemudian. Berdasarkan siasatan, remaja berasal dari Bukit Pinang itu tidak memiliki lesen dan masih di bawah umur.


“Pemandu lori berusia 32 tahun itu sudah diambil keterangan selepas dihantar penduduk kampung ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk menyerah diri,” katanya.Mayat Mohamed Hafiz kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jitra sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan, kelmarin.

Photobucket

8 comments:

Ummi Izzah said...

Takziah buat keluarga arwah..
Al Fatihah...

Nur Ezzat said...

takziah buat keluarga arwah...

Fadzillah Kamarudin said...

Innalillahi waiina ilaihi rajiun...

kakyong said...

Alfatiha & salam tak ziah buat keluarga...

lesson utk semua.. jgn bior anak2 bawah umur bawa motor ke jalan besor...

jinkamen said...

takziah kepada keluarga dan sanak saudara mangsa

NuR si CiKGu RiBeNa said...

takziah buat keluarga arwah...

E.N.T.I.T.I.

:"♥Warnida:"♥ said...

kak yong...btl2....ank sedra nida ada nk msuk ting 1...dok jinak2 ngn moto ni...ibu nya tak larat nk smbyi kunci moto...smbyi pn bkn leh bt apa..kwn2 dia smua mak ayah bg moto....haishhhh mntk smpng la smua nya...tpi klu dh smpai msa...kena trma jer la

nub said...

al-fatihah..