Advertising

Geng Kuntum Marjinah

Tuesday, September 7, 2010

Raya Datang Lagi...yahoooO!!!


Dam dam dum bunyi mercun sana sini

Tanda raya akan di sambut tak lama lagi

Baik pompuan mahupun lelaki

Masing masing sibuk dengan persiapan diri


Dari pagi sampai la ke malam

Pompuan asyik buka almari setiap sejam

Dok perati baju raya yang dah lama tergantung kat dalam

Hishhh...tak sabaq sabaq la raya nanti nak melaram


Lain pulak dengan lelaki

Setiap sejam dok bukak almari

Bukak luas luas sambil dok perati

Hishhh...raya dah dekat, baju selai pun tadak lagi


Pompuan mula contact kawan kawan sana sini

Tepon depa, raya nanti jemput la ke mari

Tak kisah la siang, malam, pagi, tengahari

Jemput beraya ke rumah nanti


Begitu juga dengan lelaki

Tepon kawan kawan kat sana sini

Dok tanya ada tak kat umah masa raya nanti

Buleh la pi beraya, jimat makan tengahari


Pompuan mula la dok buat kira kira

Untuk budak budak, kena ada bajet duit raya

Takut nanti budak budak dok mengata

Pompuan ni kedekut bin bakhil punya dok ada


Lelaki pulak dok pening campur tolak sana sini

Dok kira kira duit raya untuk budak budak nanti

Pikir punya pikir, ishhh...bajet tak cukup ni

Arghh!!! Duit raya tadak, makanan berlambak la kat sini


Akhirnya raya pun menjelma tiba

Pompuan bangun pagi pagi siapkan segala benda

Gosok baju, isi kuih dan makanan semua

Alangkah bahagianya di hari raya


Begitu jua dengan lelaki

Bangun pagi pagi,oh! gembiranya rasa hati

Mula la dok plan dok kira dengan jari

Nak beraya umah marka yang mana dulu ni


Tapi apa jua cara sambutan kita nanti

Semua individu berhak bergembira dan menikmati

Masing masing sudah punya agenda sendiri

Tapi sembahyang raya, jangan la tak pegi 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARI CIK WARNIDA.....

-jemput dtg umh yee-

Photobucket

2 comments:

Trah Wann said...

"Dari pagi sampai la ke malam
Pompuan asyik buka almari setiap sejam
Dok perati baju raya yang dah lama tergantung kat dalam
Hishhh...tak sabaq sabaq la raya nanti nak melaram"

haha setuju tang yang nih , dari td trah dok nengok baju raya jaa . huhu . btw , selamat hari raya jugakk ! :)

:"♥Warnida:"♥ said...

hihih selmt hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin yee!!..sma la kita aduyai tk sbar2 nk mlaram.....jmput la dtg umh rya ni k...hihihihi lupa lak selmt melaram yeeee^_^