Kerapakali kita dengar cinta memerlukan pengorbanan.
Namun, adakah pengorbanan itu adalah mengorbankan diri? Merelakan maruah dipijak? Diri diekploitasi? Diri disakiti? Pasti tidak kan.
Cinta yang sejati tidak akan memaksa kita untuk menyakiti diri sendiri, tidak akan membiarkan kita untuk menangis dan diperlakukan sesuka hati. ayuh kita muhasabah diri, apakah cinta yang sedang kita pertahankan sekarang adalah cinta sejati, jika tidak, maka jom kita tinggalkan cinta itu!
Wahai wanita, sedarilah lelaki yang menyentuhmu sebelum masanya adalah lelaki yang telah menghina kamu sebagai wanita!
Cinta memang perlukan bukti..perlukan tanda..namun bukan semestinya dengan pujuk rayu, peluk cium mahupun setakat kata-kata manis.
Sedarilah..lelaki yang punya cinta sejati tidak akan mengheret kita ke lembah hina, tidak akan membawa kita pada jalan kemungkaran.
No comments:
Post a Comment